Pada 18 Januari yang lepas,saya bersama rakan-rakan(Amelia,Azzahra,Amirah,Syakir,Husni,Farah,Nizam,Syafiq) telah menghadiri sidang akhbar filem santau yang diadakan di panggung Eng Wah.Di situ,kami dapat mempelajari bagaimana sesebuah filem itu ditayangkan di panggung.Semasa sesi sidang akhbar,kami diperkenalkan kepada Produser syrikat penerbitan tersebut iaitu Encik David Teo,pengarah filem tersebut iaitu Encik Azhari Zain dan pelakon-pelakon filem Santau iaitu Esma Daniel,Nina dan Zul Handy Black.Filem Santau adalah filem yang paling menyeramkan di rantau ini dengan penjualannya mencecah jutaan hanya selepas beberapa hari ditayangkan di Malaysia.Selain daripada itu,para pengkririk filem juga memberi respons yang sungguh menggalakkan bagi filem ini.Encik David Teo yang juga merupakan CEO Metrowealth Films berkata pada tahun ini Metrowealth akan menghasilkan 15 buah filem dan ia adalah syarikat penerbitan filem yang paling aktif di rantau asia tenggara.